Jelmakan Arwah Suami Dalam Teknologi ‘AI’, PU Syed Tegur Datuk Nora Ariffin – “Boleh Datang Aib, Tidak Dibenarkan Syarak”

LocalEntertainment
20 Dec 2024 • 9:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tindakan penyanyi Datuk Nora Ariffin yang menjelmakan semula wajah arwah suaminya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) di konsert ‘Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey’ semalam mengundang pelbagai kritikan warga maya.

Malah, ia turut mendapat perhatian pendakwah selebriti, PU Syed yang tampil memberikan teguran secara terbuka buat penyanyi itu.

Maklum PU Syed, tindakan ‘menjelmakan semula’ tanpa tujuan yang baik adalah salah di sisi syarak agama Islam.

Dia buat duet bersama dengan arwah suaminya ketika konsert. Perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik maka tidak dibenarkan.

Kepada Puan Nora harap tidak melakukan perkara seperti itu sebab tidak dibenarkan oleh syarak. Menghidupkan gambar dengan tujuan berduet untuk menyanyi dan boleh mendatangkan keaiban kepada beliau dan arwah.

Kemudian Puan Nora merupakan isteri kepada orang lain. Kena jaga hati suami supaya tidak menyakiti hatinya.

image is not available

image is not available

PU Syed juga meminta penyanyi itu untuk merujuk portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan info dan panduan yang lebih terperinci.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Sifatkan Tahun 2024 Sebagai Tahun Paling Indah, Yusof Haslam Gembira Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga