Jemaah surau terkejut jumpa bayi bertuala hijau

LocalFamily & Parenting
13 Apr 2026 • 9:10 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

JOHOR BAHRU – Seorang jemaah lelaki berdepan detik mengejutkan apabila menemukan seorang bayi perempuan dipercayai ditinggalkan di perkarangan sebuah surau di Taman Universiti, dekat Skudai, Sabtu lalu.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Sha menerusi media sosial, yang memaklumkan bayi berkenaan ditemui oleh abang iparnya yang berusia lingkungan 40-an selepas selesai menunaikan solat Maghrib.

Menurutnya, lelaki tersebut berjalan ke kawasan parkir di hadapan surau sebelum terlihat bayi berkenaan yang ditinggalkan dalam keadaan tidur.

“Bayi itu hanya dibalut dengan tuala berwarna hijau, manakala tangan dan kakinya tidak bersarung,” katanya.

Beliau berkata, demi memastikan keselamatan bayi serta mengelakkan sebarang kemungkinan tidak diingini, abang iparnya bersama seorang lagi jemaah segera menghubungi pihak polis. Tidak lama kemudian, ambulans tiba dan membawa bayi tersebut ke hospital untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail @ Md On, memaklumkan bayi berkenaan kini berada di hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan serta penyediaan laporan perubatan.

“Buat masa ini bayi berkenaan dalam keadaan baik dan tiada sebarang permasalahan kesihatan dikesan. Selepas ini, bayi itu dijangka ditempatkan di pusat perlindungan sebaik mendapat kebenaran pihak polis,” katanya.

Terdahulu, video penemuan bayi tersebut tular di media sosial dan difahamkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama bayi berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved