Jemaah tengah khusyuk solat Subuh, dua remaja selamba bertumbuk di saf belakang

18 Nov 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jemaah tengah khusyuk solat Subuh, dua remaja selamba bertumbuk di saf belakang

JAKARTA – Suasana khusyuk jemaah yang sedang menunaikan solat Subuh dilaporkan terganggu akibat pergaduhan melibatkan dua remaja lelaki, lapor saluran berita Radar Kediri. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku di sebuah masjid di kawasan Tanah Tinggi, Johar Baru, Jakarta Pusat, pada Ahad lalu sekitar jam 4.22 pagi (waktu tempatan). 

Pergaduhan tersebut tercetus ketika jemaah sedang menunaikan solat secara berjemaah. 

Menyedari keadaan yang semakin tegang, beberapa penduduk setempat dan jemaah bertindak pantas meleraikan kedua-dua remaja berkenaan. 

Setakat ini, punca serta motif sebenar di sebalik pertelingkahan di dalam masjid itu masih belum dikenal pasti. 

Insiden berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi serta kecaman daripada warga maya yang rata-ratanya menzahirkan kebimbangan dan menegaskan kepentingan menjaga ketenteraman serta kesucian rumah ibadat. – AGENSI

The post Jemaah tengah khusyuk solat Subuh, dua remaja selamba bertumbuk di saf belakang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved