Jemput 15 Imam Masjid, Bintang Tamil Terkenal Vijay Chandrasekhar Anjur Majlis Iftar Besar-besaran

Entertainment
10 Mar 2025 • 2:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pelakon Tamil terkenal di India, Thalapathy Vijay Chandrasekhar, telah menganjur sebuah majlis berbuka secara besar-besaran di Chennai.

Ia diadakan pada Jumaat lalu bertempat di padang YMCA Royapettah dan dihadiri lebih 3,000 orang, termasuk imam-imam dari 15 masjid sekitar kawasan itu.

image is not available

Meskipun bukan beragama Islam, Vijay yang mengenakan pakaian tradisional putih dan kopiah semasa majlis tersebut turut bersama-sama tetamu lain berbuka puasa.

Difahamkan, bukan sahaja pada hari tersebut, dikatakan beliau turut berpuasa sepanjang bulan suci Ramadan.

image is not available

Tindakannya itu telah mendapat pujian di media sosial terutamanya dalam kalangan peminat yang anggap dirinya begitu rendah hati menghargai agama serta budaya berbeza serta meraikannya.

Selain itu, ramai yang anggap bahawa ianya satu langkah positif untuk menyemai perpaduan dan menjana keharmonian sesama kaum di India.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.