
Pelawak Shuib dan rakan-rakan, Mamat dan Fizie kembali menjadi bualan selepas mereka dikritik kerana menjemput bekas banduan kes pembunuhan kerat lapan baru-baru ini, Khairul Anuar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat.
Hal itu tular selepas Abah Hayat sendiri berkongsi di akaun TikTok di mana dia berterima kasih kerana telah dijemput oleh Dol’s Podcast.
Ramai warganet mempertikai tindakan Shuib dan rakan-rakan menjemput individu seperti itu untuk menjadi tetamu dan netizen berpendapat tindakan mereka tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa.
Entahlah. Bak kata Sheriff, ini Malaysia. Apa nak pelik? Perdana Menteri pun masuk penjara. Pelakon lucah pun jadi celebrity media social. Apalah sangat bekas banduan bunuh orang kerat 8. https://t.co/cPcisfeYVH
— Ikhwan (@JatIkhwan) October 22, 2024
Terdahulu, wargamaya di X mengkritik pengguna media sosial platform TikTok yang dianggap ‘pemaaf’ dan ‘terlalu baik’ terhadap orang yang tidak sepatutnya.
Mereka juga turut menghentam Abah Hayat kerana sebelum ini (sudah dipadam) dengan selamba memperkenalkan dirinya menerusi bio akaun TikTok dengan menulis, ‘Kes Pembunuhan Kerat 8’.

"Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa" - Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat 'Kerat 8'? Netizen Minta Abah Hayat Diam
The post Jemput Bekas Banduan Kes Bunuh Kerat 8 Jadi Tetamu, Shuib & Geng Dol’s Podcast Dikritik Warganet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


