Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

LocalTechnology
23 Jul 2026 • 1:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

XGIMI ialah sebuah jenama dari China yang dikenali untuk penawaran projektor mereka untuk pelbagai jenis situasi, termasuklah ruang tamu, teater rumah dan juga projektor mudah-alih yang boleh dibawa kemana-mana. Jenama tersebut baru memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini, dan telah memperlihatkan beberapa penawaran projektor mereka untuk pelbagai jenis situasi.

Image from: Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

Projektor-projektor ini termasuklah XGIMI Horizon 20, XGIMI AURA 2, XGIMI MOGO 4, XGIMI Elfin Flip Plus dan XGIMI Vibe One.

Bermula dengan XGIMI Horizon 20, projektor ini hadir dengan model-model termasuklah XGIMI Horizon 20 Max, yang hadir dengan kemampuan untuk memaparkan skrin tayangan pada saiz 100-200 inci pada resolusi 4K dan juga kadar segar semula setinggi 240Hz.

Image from: Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

Model ini menggunakan sistem pencahayaan X-Master RGB triple laser yang boleh memancarkan output paparan dengan nilai kecerahan 5700 ISO Lumens dan olahan gamut warna 110% BT.2020 untuk pemancaran paparan yang bukan sahaja cerah, tetapi juga oelahan warna dan adegan yang jitu.

Image from: Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

XGIMI turut mengatakan bahawa dalam keadaan gelap, projektor Horizon 20 Max boleh memaparkan paparan skrin sebesar 300 inci jika dimahukan, tetapi secara lazimnya, dalam keadaan yang lebih cerah, paparan bersaiz 100 ke 200 inci juga boleh dipaparkan tanpa sebarang kekurangan dari segi kualiti.

Image from: Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

XGIMI AURA 2 pula ialah projektor lontaran jarak dekat ultra (ultra short throw) terbaru keluaran mereka, dan hadir dengan kemampuan untuk melontar skrin bersaiz 100-200 inci dengan resolusi 4K60 dalam ruang yang terhad. Ia juga hadir dengan kebolehan untuk mengolah lontaran dengan warna yang tepat walaupun dengan warna selain daripada putih, seperti biru, kuning, dan sebagainya.

Image from: Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

Kedua-dua projektor XGIMI Horizon 20 dan XGIMI AURA 2 juga hadir dengan pembesar suara Harman Kardon terbina didalamnya, jadi secara teknikalnya anda tidak perlu menggunakan pembesar suara tambahan jika anda tidak mahu. Tetapi jika anda masih mahukannya, kedua-dua projektor ini juga tetap menawarkan sokongan untuk sambungan HDMI eArc dan juga palam audio S-PDIF/optikal.

Image from: Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

Jika anda mahukan projektor yang padat dan boleh dibawa ke mana-mana, XGIMI Elfin Flip Plus, XGIMI MOGO 4 dan XGIMI Vibe One adalah tiga jenis projektor yang boleh digunakan untuk kegunaan yang lebih mudah-alih. Elfin Flip Plus, khususnya adalah sebuah projektor yang boleh menukar permukaan dinding di pelbagai bilik sebagai sebuah paparan skrin sehingga 200 inci dengan cepat dan mudah.

Image from: Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

Untuk model-model MOGO 4 dan Vibe One pula, kedua-dua projektor ini dikuasakan bateri dan boleh memaparkan skrin selama 40 minit ke satu jam, dan lebih lama lagi sekiranya ia dipadankan dengan bekalan kuasa tambahan. Untuk model MOGO 4 dan Vibe One, XGIMI telah bekerjasama dengan jenama audio JBL untuk menguasakan bahagian audio model-model projektor ini.

Image from: Jenama Projektor XGIMI Kini Di Malaysia Dengan Penawaran Baru

Kesemua projektor-projektor ini juga hadir dengan sokongan Google TV, jadi pengguna boleh memuat-turun pelbagai aplikasi penstriman video seperti YouTube, Netflix, Plex, HBO Max, Prime Videos dan sebagainya untuk menikmati tayangan siri filem dan juga televisyen kegemaran mereka.

Menurut Dancom, pengedar kelengkapan elektrik dan elektronik tempatan, projektor-projektor XGIMI ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga-harga berikut:

  • XGIMI Horizon 20 – Bermula dari RM8499
  • XGIMI AURA 2 – RM13,999
  • XGIMI MOGO 4 – RM2999
  • XGIMI Vibe One – RM1499
  • XGIMI Elfin Flip Plus – RM2399

Sumber: XGIMI Global

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved