Kempen CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Diperkenalkan Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan Mereka

Sales & Promo
22 Jul 2026 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi hari ini telah memperkenalkan sebuah kempen baru yang dinamakan Mega Gegar 20 Juta, yang mana pihak CelcomDigi akan menawarkan kesemua 20 juta pelanggan mereka peluang untuk memengangi hadiah-hadiah kecil dan besar dengan nilai terkumpul setinggi RM20 juta.

Image from: Kempen CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Diperkenalkan Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan Mereka

Kempen ini akan bermula pada hari esok, 23 Julai 2026 sehingga 30 September 2026 dimana semua pelanggan-pelanggan CelcomDigi yang lama ataupun yang baru berpeluang untuk memenangi hadiah untuk setiap transaksi yang bernilai RM20 dan keatas melalui aplikasi ataupun laman web CelcomDigi. Ini termasuklah pendaftaran talian baru, pembayaran bil-bil bulanan untuk pelanggan pascabayar ataupun tambahan kredit untuk pelanggan prabayar, langganan pelan rayauan antarabangsa, pembelian peranti pintar dan kelengkapan elektronik yang lain dan sebagainya.

Image from: Kempen CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Diperkenalkan Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan Mereka

Hadiah bonus akan diumumkan dalam empat kitaran sepanjang kempen ini dan pemenang akan kekal layak untuk memenangi hadiah utama. Hadiah bonus yang ditawarkan termasuklah satu tahun langganan perkhidmatan penstriman video percuma, langganan internet rangkaian 5G percuma selama setahun dan peranti-peranti pintar Samsung.

Image from: Kempen CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Diperkenalkan Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan Mereka

Hadiah-hadiah utama yang ditawarkan pula termasuklah Smart AI Home Makeover oleh Samsung dan The Makeover Guys, SUV elektrik Proton e.MAS 7, tiket ke percutian global, pengalaman pelancongan tempatan dan akses eksklusif ke konsert-konsert Live Nation.

Image from: Kempen CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Diperkenalkan Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan Mereka

Untuk membantu pelanggan berbelanja dengan CelcomDigi, syarikat telekomunikasi tersebut turut menawarkan rebat tunai untuk pembelian peranti pintar dibawah pelan Easy360 dari jenama-jenama seperti Samsung, Honor, Oppo dan Xiaomi. Mereka yang baru melanggan pelan rangkaian internet jalur lebar Home Fibre 300Mbps and Home WiFi Essential juga akan menerima rebat tambahan.

Image from: Kempen CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta Diperkenalkan Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan Mereka

Dalam pada itu, CelcomDigi juga akan mengadakan acara penstriman 42 jam yang dinamakan Mega Gegar 20 Juta Live di platform TikTok dari 31 Julai 2026 pada jam 12 pagi sehingga 1 Ogos 2026 pada 6 petang. Acara penstriman ini akan memperlihatkan lebih banyak lagi promosi terhad, tawaran eksklusif dan penjualan peranti dan aksesori elektronik pada harga yang jauh lebih murah dari apa yang sedang ditawarkan di pasaran.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kempen CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta ini, anda boleh melayari laman web kempen tersebut yang akan diaktifkan pada hari esok apabila ia bermula kelak.

Sumber: CelcomDigi Mega Gegar 20 Juta

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved