Jenazah 75 mangsa perang Gaza dikebumikan serentak

WorldPolitics
19 Oct 2026 • 10:51 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jenazah 75 mangsa perang Gaza dikebumikan serentak

GAZA: Ratusan penduduk Palestin menghadiri upacara pengebumian beramai-ramai bagi 75 mangsa perang yang ditemukan di bawah runtuhan bangunan musnah akibat serangan udara Israel di kejiranan Al-Daraj, Bandar Gaza.

Dianggarkan 8,000 mayat lagi dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza, menurut Agensi Berita Palestin.

Pasukan penyelamat berdepan kekangan jentera berat dan peralatan forensik yang diperlukan untuk mengeluarkan serta mengenal pasti identiti mangsa berikutan sekatan bekalan serta pencerobohan berterusan oleh Israel di wilayah pesisir Palestin itu sejak Oktober 2023.

Pasukan kebangsaan Kementerian Kehakiman Palestin bagi pemantauan individu hilang melaporkan pada Oktober, lebih 10,000 orang dilaporkan hilang di Gaza sejak akhir tahun 2023.

Bagaimanapun, laporan itu menambah bahawa angka tersebut merupakan anggaran dan bukannya jumlah menyeluruh.

Jumlah korban di Semenanjung Gaza telah mencecah lebih 74,400 orang, manakala sekurang-kurangnya 175,449 yang lain cedera sejak Oktober 2023.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tindakan Israel telah menyebabkan 2 juta penduduk Gaza terpaksa bersesak di kawasan yang tinggal 30 peratus sahaja daripada seluruh wilayah itu.

Pemerintah Israel kini berdepan pertuduhan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) serta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berikutan tindakan mereka. -AGENSI

The post Jenazah 75 mangsa perang Gaza dikebumikan serentak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved