Dadah ‘jerat’ 75 peratus tahanan di 41 buah penjara

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 7:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dadah ‘jerat’ 75 peratus tahanan di 41 buah penjara

MACHANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan kira-kira 75 peratus daripada 90,000 tahanan di 41 penjara di seluruh negara terlibat dengan kes dadah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan tahanan terbabit merupakan pesalah di bawah Seksyen 15(1), Seksyen 12 dan Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, daripada 41 penjara di seluruh negara, Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu merupakan antara pusat tahanan paling sesak.

“Apabila kita profilkan tahanan, penghuni penjara yang berusia dalam lingkungan atau julat 15 hingga 39 tahun paling tinggi.

“Namun trend dalam kalangan individu terlibat dadah di bawah 15 tahun juga membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Jambu Lawar di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution memberitahu, data menunjukkan golongan tidak bekerja mendominasi individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Katanya, penyalahgunaan dadah di kawasan Pantai Timur kebanyakannya membabitkan dadah sintetik, manakala di Pantai Barat, pengambilan dadah melibatkan campuran bahan sintetik dan bukan sintetik.

“Secara keseluruhannya, pengambilan dadah sintetik sangat tinggi kerana ia lebih mudah untuk diperoleh,” ujarnya.-UTUSAN

The post Dadah ‘jerat’ 75 peratus tahanan di 41 buah penjara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved