Jenazah Ahmad Shah selesai diuruskan untuk dibawa pulang ke Malaysia

28 Jul 2026 • 2:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jenazah Ahmad Shah selesai diuruskan untuk dibawa pulang ke Malaysia

PETALING JAYA – Jenazah Ahmad Shah Ahmad Ros yang maut selepas cedera parah akibat ditikam dalam kejadian di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, kelmarin dijangka dibawa pulang hari ini atau selewatnya esok pagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh adik Allahyarham, Ain Sephia Fabian, 25, ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, segala urusan termasuk proses memandikan dan solat jenazah telah selesai dilaksanakan.

Katanya, jenazah Allahyarham kini berada di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan sementara keluarga masih menunggu maklum balas daripada pihak kedutaan berhubung urusan penerbangan pulang.

“Tiket penerbangan dan dokumen berkaitan sedang diselesaikan (pihak kedutaan). Insya-Allah, jadual penerbangan kalau boleh nak segerakan (berlepas pulang ke Malaysia) sama ada malam ini atau awal pagi esok,” ujarnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor.

Terdahulu, media melaporkan seorang rakyat Malaysia maut dalam kejadian di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara.

Mangsa berusia 26 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian ketika dipercayai cuba membantu rakan yang diserang sekumpulan individu.

Susulan kejadian itu, polis Korea Selatan menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Jenazah Ahmad Shah selesai diuruskan untuk dibawa pulang ke Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved