Kes Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan: Kedutaan Bantu Uruskan Jenazah, Tabung Sumbangan Sudah Cecah RM80,000

27 Jul 2026 • 5:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan: Kedutaan Bantu Uruskan Jenazah, Tabung Sumbangan Sudah Cecah RM80,000

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini seorang lelaki rakyat Malaysia, Ahmad Shah dilaporkan maut dipercayai ditikam selepas berlaku pergaduhan berkumpulan membabitkan warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan pada 26 Julai yang lalu.

Susulan itu ahli keluarga mangsa berharap dapat membawa jenazahnya pulang ke Malaysia untuk disemadikan di tanah air. Ini kerana kos bagi pengebumian di Korea Selatan mahal ia mencecah sekitar RM50,000-RM60,000.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan: Abang Dipercayai Cuba Lerai Pergaduhan Libatkan Rakan – Adik Mangsa

Kedutaan Malaysia bantu uruskan jenazah mangsa ditikam di Korea Selatan

Terbaharu adik mangsa, Ain Sephia, 25, memaklumkan pihak Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan telah menghubungi kakak ipar yang merupakan isteri kepada Ahmad Shah untuk menguruskan jenazah termasuk proses membawa pulang ke Malaysia.

“Pihak kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan sudah menghubungi kaka ipar dan sedang menguruskan segala dokumen diperlukan termasuk permohonan mandi dan solat jenazah di Masjid Itaewon,” jelasnya.

Kakak upar sedang dapatkan dokumen bedah siasat, Kedutaan Malaysia akan berurusan dengan pihak Masjid Itaewon

Ujar Ain, kakak iparnya itu kini berada di hospital untuk mendapatkan dokumen bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak kedutaan.

Ain juga bersyukur kerana kutipan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai juga memberangsangkan.

Adik mangsa syukur kutipan sumbangan memberansangkan

“Dokumen itu untuk pihak kedutaan berurusan dengan pihak Masjid Itaewon untuk mandi jenazah dan solat termasuk proses membawa pulang ke Malaysia.

“Alhamdulillah kutipan sumbangan daripada orang ramai juga sangat memberangsangkan dan kakak ipar sedang menunggu jumlah sebenar sebelum perlu dibayar dari pihak kedutaan jika ingin membawa (jenazah) pulang,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Sumbangan dah cecah kira-kira RM80,000

Dalam pada itu, Berita Harian melaporkan kutipan sumbangan berkenaan telah pun mencecah kira-kira RM80,000 walhal ia baru sahaja dilancarkan semalam (26 Julai).

Menurut Ain Sephia, jumlah itu sudah melebihi anggaran kos yang diberitahu Kedutaan Malaysia di Korea Selatan sebelum ini.

Pun begitu jumlah sebenar bagi kos pengurusan dan penghantaran pulang jenazah masih belum dimuktamadkan kerana keluarga masih menunggu pengesahan daripada pihak hospital.

Sebelum ini, Kedutaan Malaysia menganggarkan kos bagi urusan tersebut sekitar RM50,000-RM70,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved