
SEREMBAN – Jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, tiba di Masjid Bandar Baru Senawang di sini pada pukul 4.30 petang untuk disolatkan sebelum dikebumikan selepas asar.
Jenazah juruterbang itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada pukul 2.30 petang dari Miri, Sarawak menggunakan perkhidmatan MASkargo pada pukul 12.15 tengah hari.
Penerbangan itu dilakukan selepas urusan bedah siasat dan pengesahan DNA selesai di Jabatan Forensik Hospital Miri.
Turut mengiringi jenazah Zainol Afiq ialah isterinya, Izzati Syamimi dan bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, serta ahli keluarga.
Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Kamarol Ridzuan Mohd Zain merangkap ADUN Paroi.
Jenazah Kapten Zainol Afiq akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang.-KOSMO! ONLINE
The post Jenazah Kapten Zainol tiba di masjid Senawang appeared first on Kosmo Online.





