Jennie BLACKPINK Hisap Rokok Elektronik, Pihak Pengurusan Mohon Maaf

EntertainmentMusic
10 Jul 2024 • 3:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Susulan tular video memaparkan anggota BLACKPINK Jennie hisap rokok elektronik atau vape di dalam bangunan, pihak pengurusan penyanyi itu tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi satu hantaran di X, pihak pengurusan Jennie iaitu Oddatelier (OA) telah memuat naik satu kenyataan berkenaan video yang tular pada 2 Julai lalu.

image is not available

Menurut pihak pengurusan itu, Jennie juga telah memohon maaf secara peribadi terhadap semua staf yang mungkin berasa kurang selesa dengan tindakan penyanyi itu.

“Kami memohon maaf kepada semua yang berasa tidak selesa dengan tindakan Jennie dalam vlog yang dikeluarkan pada 2 haribulan.

Jennie BLACKPINK hisap rokok elektronik

image is not available

“Jennie akui dan amat menyesali kesilapannya menghisap vape di dalam bangunan dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kakitangan. Jennie telah memohon maaf secara peribadi kepada semua kakitangan yang mungkin terkesan.

“Kami memohon maaf kepada para peminat yang kecewa dengan insiden ini. Kami berharap dapat mengelakkan perkara ini daripada berulang di masa hadapan,” kata OA.

image is not available

Terdahulu, tular klip video memaparkan Jennie sedang menghisap vape di dalam sebuah bangunan di hadapan beberapa staf ketika sedang disolek.

Disebabkan itu, Jennie menerima pelbagai kecaman daripada warga maya lalu klip video tersebut dipadam daripada vlog penyanyi popular itu.

Walaupun Jennie sudah cukup umur untuk merokok, namun netizen kecewa dengan tindakan penyanyi lagu Solo itu kerana dia bukan sahaja menghisap vape di dalam bangunan, malahan menghembus asapnya berhampiran dengan staf.