Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

19 Sep 2024 • 8:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.

Jelas wakil agensi itu, mereka sudah lama berkawan baik dan perjumpaan mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat itu hanyalah untuk makan bersama. 

"Oleh kerana Jennie dan BamBam merupakan kawan rapat, mereka bertemu di Amerika Syarikat untuk makan bersama, tidak lebih daripada itu," jelasnya.


Tular di media sosial apabila salah seorang ahli kumpulan BlackPink, Jennie, dilihat keluar dari sebuah restoran Jepun terkenal di Los Angeles bersama BamBam.
  
Kekecohan tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka, sehingga ada yang mendakwa bahawa mereka sedang bercinta.


Terdahulu, pada 17 September, Jennie dan BamBam dilihat keluar makan bersama-sama di sebuah restoran Jepun yang terkenal di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sumber: AllKpop

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved