Jennie BLACKPINK Menguasai Carta ‘iTunes’ Dunia Dengan Lagu ‘You & Me’

Music
11 Oct 2023 • 10:42 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dah nama pun Jennie kan…

Lagu “You & Me” yang dikeluarkan oleh Jennie BLACKPINK terus menunjukkan kekuatannya di dalam platform digital tanpa sebarang promosi walaupun lagu ini dikeluarkan setahun selepas peminat mula mengetahui akan kewujudan lagu ini.

Dalam masa yang sama, lagu solo keluaran Jennie itu telah mendaki carta dengan pantas selepas memperoleh sokongan ramai yang rata-rata memuji lagu itu. Malah, lagu itu juga telah berjaya mengatasi lagu “Paint the Town Red” dari Doja Cat serta “3D” dari Jung-kook BTS dan ianya turut memperoleh tempat teratas dalam carta lagu iTunes seluruh dunia.

Berikutan persaingan sengit dengan “Dance the Night” daripada Dua Lipa, “You & Me” turut berjaya merangkul kedudukan pertama di carta lagu iTunes Eropah.

Pencapaian ini telah membuatkan Jennie menjadi satu-satunya artis K-Pop wanita yang menduduki tempat pertama di kedua-dua carta pada tahun 2023.

Menunjukkan kestabilan carta yang luar biasa, “You & Me” daripada Jennie turut mengatasi lagu rakan sekumpulannya iaitu “On the Ground” daripada Rosé dan mencipta rekod baharu.

Ianya kini menjadi lagu No.1 paling lama oleh penyanyi solo wanita K-Pop dalam sejarah carta lagu iTunes sedunia, mengekalkan kedudukannya selama empat minggu dan terus meningkat.

Tahniah diucapkan pada Jennie BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.