Jensen Huang – NVIDIA dan Microsoft “Mencipta Semula PC” Dengan Komputer Dilengkapi RTX Spark

TechnologyDigital
1 Jun 2026 • 2:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti diuar-uarkan sejak lebih dua bulan lalu, NVIDIA akhirnya melancarkan SOC RTX Spark yang menggabungkan CPU CPU Arm N1X dengan GPU Blackwell serta 128GB RAM. Dengan kemampuan memproses yang tinggi ini, CEO NVIDIA Jensen Huang berkata NVIDIA dan Microsoft akan “mencipta semula PC”.

Image from: Jensen Huang – NVIDIA dan Microsoft “Mencipta Semula PC” Dengan Komputer Dilengkapi RTX Spark

Ejen AI boleh dijalankan terus daripada sebuah komputer yang menggunakan RTX Spark dengan perubahannya ke atas dunia PC ialah seperti perubahan telefon mudah alih ke telefon pintar moden. Sebanyak 30 komputer riba dan 10 desktop dengan cip RTX akan dilancarkan oleh Microsoft, Dell, HP, ASUS, Lenovo dan MSI bermula musim luruh akan datang.

Pengenalan RTX Spark juga menandakan kemasukan serius NVIDIA ke pasaran CPU, yang sebelum ini dikuasai Intel, AMD, Qualcomm dan Apple. Sejauh mana ramalan Huang akan menjadi benar hanya akan diketahui selepas komputer pertama dengan RTX Spark memasuki pasaran.

Sebelum ini beliau mengatakan AI PC akan mengubah dunia kerana menjadi PC yang dilancarkan sejak 30 tahun lalu usang. Kemudian beliau mengatakan pula Copilot+ PC akan mengubah dunia. Kedua-duanya tidak mengubah landskap PC seperti yang diramalkan beliau. Dengan harga PC kini menjadi terlalu mahal disebabkan perlumbaan membina pusa data, adakah in akan menjadi satu lagi ramalan yang akan kekal hanya sekadar mimpi.