
NVIDIA hari ini melancarkan SOC RTX Spark yang merupakan usaha sulung mereka membangunkan CPU dan GPU untuk komputer keperluan konsumer. Sungguhpun begitu seperti cip pusat data mereka, RTX Spark sekali lagi memberikan tumpuan kepada kemampuan menjalankan model AI dengan parameter yang besar tanpa memerlukan pusat data.

Selain Microsoft Surface Laptop Ultra, tujuh lagi model komputer riba disahkan akan menggunakan RTX Spark dan ia adalah seperti senarai di bawah.
- ASUS – ASUS ProArt P16 dan ASUS ProArt P14 dengan skrin 16″ serta 14″ tetapi masih mengekalkan tubuh nipis. Ia turut ditawarkan dalam warna Nano Black dan Neo White dipadankan dengan skrin ASUS Lumina Pro OLED.
- Dell – DELL XPS 16 Creator Edition sebuah komputer riba kerja kreatif berkuasa tinggi. membolehkan video 4K dijalankan lancar, eksport video pantas dan integrasi pelbagai alat AI. Ia dilengkapi skrin Tandem OLED dengan piawaian True Black HDR 600, pembaca kad SD terbina, dan port HDMI menjadikannya komputer kerja kreatif yang lengkap.
- HP – HP OmniBook Ultra 16 dan HP OmniBook X 14 adalah dua komputer riba untuk penghasil kandungan, gamer dan pembangun AI. Dengan kuasa memproses AI yang tinggi, ia akan memecut kelajuan kerja yang memerlukan alatan AI.
- Lenovo – Lenovo Yoga Pro 9n komputer kerja kreatif mudah alih, berkuasa tetapi masih boleh bertahan sepanjang hari.
- MSI – MSI Prestige N16 Flip AI+ ialah komputer riba nipis premium 2-dalam-1 dengan skrin 16″ UHD+ Tandem OLED dan bateri hampir 100Wh. Ia menawarkan visual imersif, kemampuan AI paling maju dan menawarkan kemampuan mudah alih untuk golongan pengkarya, profesional an gamer.
Kelapan-lapan model yang diumumkan hari ini hanya akan mula ditawarkan kepada pengguna pada musim luruh akan datang. Spesifikasi lengkap kesemua komputer riba masih belum diketahui dan harga juga masih lagi rahsia.





