“Jenuh Berlatih Goyang Bahu” – Gelagat Kumpulan Nasyid Inteam ‘Join’ Trend TikTok Buat Netizen Geli Hati

EntertainmentLifestyle
22 May 2025 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kumpulan nasyid popular, Inteam, baru-baru ini mencuri perhatian ramai menerusi satu video di TikTok.

Video tersebut dikongsi oleh pencipta kandungan Papa Ayie, yang merakamkan momen bersama isterinya di sebuah restoran mamak. Secara spontan, si isteri membayar bil makanan mereka, satu tindakan yang jarang berlaku menurut Papa Ayie.

Terharu dengan kejadian itu, Papa Ayie menyanyikan lagu Nur Kasih sebagai reaksi. Namun, plot twist menarik berlaku apabila kumpulan Inteam tiba-tiba muncul dalam video dan turut menyanyi bersama.

Gelagat kumpulan Inteam itu sekaligus mengundang reaksi terhibur kebanyakan netizen kerana karakter bersahaja, yang jarang dipamerkan penyanyi nasyid itu.

image is not available

Di ruangan komen, ramai netizen terhibur dan memuji kreativiti serta lakonan mantap ahli Inteam. Ada juga yang menganggap kemunculan itu sebagai promosi konsert mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Pendakwah Selebriti Ditangkap Berduaan Di Dalam Kereta, Netizen Minta Pejabat Agama Buat 'Apps' Semak Status Kahwin