Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 9:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Tujuh kawasan di Johor mencatat IPU tidak sihat, iaitu Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151). Foto hiasan/Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 180.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151).

Di Pahang, Balok Baru Kuantan merekodkan bacaan IPU 159, makala Rompin 53 dan Cheras di Kuala Lumpur melaporkan bacaan 157.

Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kemaman dan Kuala Terengganu di Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 156, manakala Paka 133, dan Alor Gajah, Melaka 103.

Sementara itu, sebanyak 50 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved