15 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat, Pasir Gudang Tertinggi

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 2:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

15 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat, Pasir Gudang Tertinggi

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini, dengan Johor mencatat bacaan tertinggi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 180, diikuti Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151).

Di luar Johor, Balok Baru di Kuantan, Pahang, merekodkan bacaan IPU 159, manakala Cheras di Kuala Lumpur mencatat 157.

Di Terengganu, Kemaman dan Kuala Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 156, manakala Paka mencatat 133.

Sementara itu, Alor Gajah di Melaka merekodkan bacaan IPU 103.

Portal APIMS turut melaporkan sebanyak 50 kawasan mencatatkan kualiti udara sederhana, manakala tiga kawasan lagi merekodkan kualiti udara baik.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. - Getaran, 11 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved