Lembah Klang kembali cerah, beberapa negeri termasuk Johor IPU masih tidak sihat

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 10:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lembah Klang kembali cerah, beberapa negeri termasuk Johor IPU masih tidak sihat

PETALING JAYA: Keadaan jerebu di Lembah Klang menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di beberapa kawasan menurun ke tahap sederhana pagi ini, berbanding paras tidak sihat yang direkodkan semalam.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), semua enam stesen pemantauan di Selangor mencatatkan bacaan sederhana setakat pukul 10 pagi ini, dengan Petaling Jaya merekodkan IPU tertinggi iaitu 83.

Diikuti Johan Setia (83), Shah Alam (81), Klang (79), Kuala Selangor (70) dan Banting (59).

Keadaan itu jauh berbeza berbanding semalam apabila keenam-enam kawasan berkenaan merekodkan bacaan tidak sihat, dengan Shah Alam mencatatkan IPU 167, Johan Setia (165), Petaling Jaya (161), Klang (157), Banting (154) dan Kuala Selangor (152) setakat pukul 10 pagi.

Bagaimanapun, keadaan di seluruh Lembah Klang belum pulih sepenuhnya apabila Cheras di Kuala Lumpur masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 156 berdasarkan data terbaharu.

Sementara itu, Johor mendominasi senarai kawasan yang masih mencatatkan kualiti udara tidak sihat apabila lapan daripada 14 kawasan yang disenaraikan berada di negeri berkenaan.

Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 179, diikuti Larkin (178), Kota Tinggi (165), Tangkak (163), Segamat (161), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (145).

Di Pahang, Balok Baru, Kuantan mencatatkan bacaan 159, manakala Rompin merekodkan IPU 152.

Terengganu pula merekodkan tiga kawasan dengan kualiti udara tidak sihat iaitu Kuala Terengganu (157), Kemaman (156) dan Paka (144).

Mengikut kategori APIMS, bacaan IPU antara 51 hingga 100 diklasifikasikan sebagai sederhana, manakala 101 hingga 200 adalah tidak sihat.-UTUSAN

The post Lembah Klang kembali cerah, beberapa negeri termasuk Johor IPU masih tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved