Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
19 Sep 2026 • 5:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat
Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sarawak merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat iaitu IPD Serian (178), Kuching (171), Sri Aman (168), Samarahan (164), Sibu (157), Sarikei (152) dan Bintulu (106).

Di Johor, tiga kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Larkin (158), Pasir Gudang (155) dan Tangkak (102), diikuti Kuala Lumpur dengan Cheras (149) dan Batu Muda (121).

Seri Manjung, Perak mencatatkan bacaan 159, manakala Shah Alam, Selangor merekodkan 152.

Putrajaya (121), Nilai, Negeri Sembilan (111) dan Bukit Rambai, Melaka (108) turut berada pada tahap tidak sihat.

Sementara itu, sebanyak 38 kawasan lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan merekodkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved