
PETALING JAYA – Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur serta Putrajaya antara 18 kawasan yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia, beberapa kawasan di negeri-negeri seperti Sarawak, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat.
Bacaan IPU tertinggi adalah di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian yang mencatatkan 174, diikuti Kuching (171), Sri Aman (164) dan Samarahan (164).
“Seterusnya Seri Manjung (162), Sibu (158), Shah Alam (155), Larkin (155), Pasir Gudang (152), Cheras (151) dan Sarikei (151).
“Batu Muda pula (148), Putrajaya (134), Nilai (129), Bintulu (117), Bukit Ramai (112), Tangkak (106) dan Petaling Jaya (101),” menurut data berkenaan, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Orang Lembah Klang hirup udara tidak sihat appeared first on Kosmo Online.




