Jerebu: 22 kawasan catat IPU tidak sihat, Melaka tertinggi

LocalEnvironment
21 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: 22 kawasan catat IPU tidak sihat, Melaka tertinggi

PETALING JAYA – Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Bukit Rambai, Melaka merekodkan bacaan tertinggi iaitu 174 setakat pukul 9.30 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan IPU 161.

Selain itu, Cheras, Kuala Lumpur, Klang, Banting dan Johan Setia, Selangor masing-masing merekodkan bacaan 159.

Batu Muda, Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Negeri Sembilan serta Alor Gajah, Melaka pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU 158.

Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor masing-masing merekodkan bacaan 157, manakala Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan 156.

Di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Larkin, Johor masing-masing merekodkan bacaan IPU 155, manakala Paka, Terengganu (153), diikuti Pasir Gudang dan Tangkak, Johor yang masing-masing merekodkan bacaan 152.

Kluang, Johor pula mencatatkan bacaan IPU 151, diikuti Segamat (133) dan Kota Tinggi (113).
Sementara itu, sebanyak 39 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dan 7 kawasan pada tahap baik. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: 22 kawasan catat IPU tidak sihat, Melaka tertinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved