Jerebu: 25 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
20 Oct 2026 • 5:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 25 kawasan catat IPU tidak sihat
Keadaan jerebu yang menyelubungi ibu negara. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan bacaan tertinggi iaitu 173.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak lima kawasan di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Johan Setia (171), Shah Alam (170), Petaling Jaya (169), Klang (164) dan Banting (162).

Turut mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, tiga kawasan di Melaka, iaitu Bukit Rambai (166) serta  Alor Gajah dan Bandaraya Melaka dengan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 156, selain Nilai (165), Seremban (161) dan Port Dickson (154) di Negeri Sembilan.

Sementara itu, sebuah lagi kawasan di Kuala Lumpur, Cheras mencatatkan bacaan IPU 169 manakala Putrajaya (164).

Sebanyak tujuh kawasan di Johor juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Larkin (159), Kluang dan Pasir Gudang dengan masing-masing mencatatkan 156, Pengerang dan Kota Tinggi masing-masing (155), serta Batu Pahat dan Tangkak masing-masing (153).

Turut terjejas, Paka (155) di Terengganu; Tasek Ipoh (154), Pegoh Ipoh (151) dan Tanjung Malim (114) di Perak. 

Sebanyak 35 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara manakala hanya lapan kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved