Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 10:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi
Sebanyak 34 kawasan merekodkan IPU tidak sihat setakat 9 pagi dengan Johan Setia di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi 192. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 192.

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Larkin (187), Batu Pahat (182), Pasir Gudang (181), Tangkak (177), Pengerang (170), Kluang (165), Kota Tinggi (162) dan Segamat (161).

Di Selangor, selain Johan Setia, Klang merekodkan bacaan IPU 191, Shah Alam (179), Banting (170), Petaling Jaya (168) dan Kuala Selangor (161) manakala di Negeri Sembilan, bacaan tidak sihat direkodkan di Nilai dengan bacaan 187, Seremban (182) serta Port Dickson (176).

Di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU 184, Bandaraya Melaka (178) serta Alor Gajah (176) manakala Putrajaya mencatatkan 175 dan di Kuala Lumpur, Cheras merekodkan bacaan 172 dan Batu Muda (162).

Di Perak, Tanjung Malim mencatatkan bacaan IPU 168, Seri Manjung (167), Pegoh dan Tasek di Ipoh masing-masing merekodkan 110 dan 108 manakala Seberang Perai, Pulau Pinang 142.

Di Pahang, Temerloh mencatatkan bacaan IPU 156, Jerantut (152), Indera Mahkota di Kuantan serta Rompin masing-masing merekodkan 151 manakala di Sarawak, Samarahan mencatatkan bacaan 152 dan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (120).

Sementara itu, sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berbahaya. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved