‘Kami pun nak cuti, pekerja tidak bernafas guna insang’

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 6:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kami pun nak cuti, pekerja tidak bernafas guna insang’

PETALING JAYA – “Kami pun nak cuti, pekerja bukan bernafas guna insang.”

Itu antara luahan netizen yang mempersoalkan nasib golongan pekerja susulan kualiti udara yang merosot akibat jerebu sehingga menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai kategori tidak sihat.

Topik itu menjadi perbualan hangat selepas pengguna Threads, @Nooraema mempersoalkan mengenai penutupan sekolah sekiranya bacaan IPU melebihi paras tertentu, sedangkan pekerja perlu meneruskan rutin seperti biasa.

“Jika IPU melebihi 200 sekolah akan cuti, tetapi bagi yang bekerja teruskan kerja sebab apa tuan-tuan dan puan-puan? Sebab kita menggunakan ‘insang’ untuk bernafas. Sekian,” tulisnya sinis.

Seorang pengguna, @N_nikk_ berseloroh, golongan pekerja berkemungkinan dianggap terselamat kerana berada dalam ruang pejabat yang dilengkapi pendingin hawa.

“Kita duduk dalam pejabat tak kena jerebu sebab pakai penghawa dingin. Memang penghawa dingin sedut udara dari dalam laut,” selorohnya.

Sementara itu, @Ninakamila_ mempersoalkan sama ada hanya golongan pelajar dan generasi muda perlu ‘diselamatkan’ daripada jerebu sedangkan pekerja turut terdedah kepada udara sama.

“Nak tanya, kes jerebu ini yang diselamatkan hanya Gen Z dan ke bawah sahaja ke? Kami yang (generasi) Millennials tidak perlu diselamatkan?

“Ikut laporan yang akan ditutup sekolah sahaja. Yang di pejabat bila mahu umum untuk tutup?” soalnya.

Seorang lagi pengguna, @Mohamad1236362 berkata, kesihatan seseorang individu itu tidak seharusnya dibezakan berdasarkan status sama ada pelajar atau pekerja.

“Sekolah tutup sebab udara tidak sihat, yang bekerja pula teruskan (aktiviti harian) macam paru-paru ada mod ‘tahan lasak’. Kesihatan manusia tak kenal status pelajar atau pekerja,” katanya.

Dalam pada itu, @Shaarr_ii pula membangkitkan dilema ibu bapa bekerja apabila sekolah, taska atau tadika terpaksa ditutup ekoran jerebu, namun mereka masih perlu hadir ke tempat kerja.

“Setiap tahun macam ini. Nanti sekolah, taska dan tadika terpaksa tutup, tetapi ibu bapa tetap kena pergi kerja. Anak-anak kecil siapa nak jaga?

“Majikan pula kebanyakannya tidak memahami keadaan ini. Saya memang menunggu masa sahaja untuk melalui perkara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kami pun nak cuti, pekerja tidak bernafas guna insang’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved