Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah - Menteri

LocalFamily & Parenting
7 Sep 2026 • 2:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah - Menteri

SHAH ALAM, 7 SEPT: Ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang keadaan jerebu menjejaskan kesihatan mereka, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata ibu bapa yang mengambil langkah berkenaan hanya perlu memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai ketidakhadiran anak.

“Kita dengar akan kebimbangan ibu bapa dan kesihatan serta keselamatan anak-anak akan menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang kita ambil,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, tindakan berkaitan operasi sekolah ketika jerebu dilaksanakan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai rujukan rasmi.

Beliau berkata semua aktiviti luar bilik darjah akan dihentikan sekiranya bacaan IPU melebihi 100, manakala sekolah akan ditutup apabila bacaan melebihi 200.

Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa, khususnya di kawasan yang terjejas.

Setakat 8 pagi tadi, Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi di Selangor iaitu 184, diikuti Shah Alam (166), Petaling Jaya, Banting dan Klang (158) serta Kuala Selangor (157), semuanya pada tahap tidak sihat.

Secara keseluruhan, 40 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan tidak sihat, manakala Samarahan, Sarawak merekodkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 226.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved