Jerebu: 7 kawasan di Sarawak tidak sihat, Serian catat IPU tertinggi

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: 7 kawasan di Sarawak tidak sihat, Serian catat IPU tertinggi

PETALING JAYA – Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 170 setakat pukul 9.45 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarikei, Samarahan dan Kuching masing-masing mencatatkan bacaan IPU 157.

Sibu pula merekodkan bacaan 156, diikuti Mukah (116) dan Sri Aman (115).

Sementara itu, sebanyak 32 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dan 29 kawasan pada tahap baik.

Mengikut skala IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 adalah tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: 7 kawasan di Sarawak tidak sihat, Serian catat IPU tertinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved