Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat
Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 172.

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Samarahan dan Kuching iaitu masing-masing 158, Sarikei (157), Sibu (155), Sri Aman (129) dan Mukah (116).

Sementara itu, sebanyak 29 kawasan mencatatkan kualiti udara baik manakala 32 kawasan lagi berada pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved