Jerebu ASEAN semakin buruk, kualiti udara beberapa kawasan capai tahap berbahaya

LocalEnvironment
30 Aug 2026 • 1:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu ASEAN semakin buruk, kualiti udara beberapa kawasan capai tahap berbahaya

SINGAPURA, 30 OGOS: Kualiti udara di beberapa kawasan di selatan ASEAN mencecah tahap berbahaya pada pagi Ahad, menurut ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC).

Dalam laporan harian cuaca dan jerebunya, ASMC memaklumkan beberapa stesen pemantauan kualiti udara di Kalimantan Barat, Sumatera bahagian tengah dan selatan, barat Semenanjung Malaysia serta bahagian tengah dan barat Sarawak merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat hingga berbahaya.

ASMC turut mengesan titik panas yang meluas di Kalimantan dan Sumatera, manakala beberapa titik panas turut direkodkan di kawasan lain di selatan ASEAN.

“Kepulan asap rentas sempadan pada tahap sederhana hingga tebal dikesan berpunca daripada kelompok titik panas di Kalimantan Barat dan bergerak ke arah utara menuju bahagian barat dan tengah Sarawak.

“Pada masa sama, asap sederhana hingga tebal turut dikesan berpunca daripada kelompok titik panas di banyak kawasan di Kalimantan serta Sumatera bahagian tengah dan selatan,” menurut ASMC pada Ahad.

ASMC memaklumkan keadaan titik panas dan jerebu berkemungkinan terus meningkat di kawasan yang mengalami cuaca kering berpanjangan, dengan risiko kejadian jerebu rentas sempadan kekal berterusan.

“Angin di selatan ASEAN diramal bertiup dari arah tenggara hingga barat daya,” tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved