
PETALING JAYA – Samarahan dan Serian di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) berbahaya dengan masing-masing merekodkan bacaan 206 dan 374.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan menjelaskan, selain itu, 50 kawasan lain mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana, tidak sihat (13) dan sangat tidak sihat (2).
Katanya, Kuching dan Sri Aman masing-masing mencatatkan IPU sngat tidak sihat iaitu 295 dan 214 manakala Sarikei (195), Sibu (188), Bintulu (180), Samalaju (172), Mukah (171), Kapit (160), dan Miri (155).
“Kawasan lain termasuk Batu Muda, Kuala Lumpur (153), Tanjung Malim, Perak (121), Taiping (113) dan Cheras (105).
“Kualiti udara dalam negara pada hari ini didapati merosot dengan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, sangat tidak sihat, dan berbahaya yang dipengaruhi oleh pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah.
“Terdapat 1,180 titik panas dikesan di Kalimantan, 18 titik panas (hotspot) dikesan di Sumatera dan 13 di dalam negara iaitu Perak (2), Sabah (2) dan Sarawak (9),” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut JAS, Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan sentiasa memantau kualiti udara dari semasa ke semasa dan tindakan yang akan diambil adalah selaras dengan PTJK yang melibatkan kesemua agensi-agensi berkaitan. Antara tindakan yang perlu dilaksanakan oleh agensi adalah:
Tambahnya, bacaan IPU terkini setiap jam boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat url, https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS di ‘Google Play’ atau ‘App Store’;
Orang ramai dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my) bagi mendapatkan nasihat kesihatan dan
langkah-langkah pencegahan semasa jerebu. – KOSMO! ONLINE
The post Pencemaran udara berbahaya merebak ke Samarahan appeared first on Kosmo Digital.






