Jerebu di Sarawak dijangka bertambah buruk

LocalEnvironment
30 Aug 2026 • 2:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu di Sarawak dijangka bertambah buruk

PETALING JAYA: Keadaan jerebu yang melanda Sarawak dijangka bakal bertambah buruk berikutan peningkatan ketara titik panas di barat Kalimantan, Indonesia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, situasi semasa menunjukkan trend membimbangkan di beberapa kawasan di negeri berkenaan yang kini merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat berbahaya.

“Tengok pada peningkatan bilangan titik panas di barat Kalimantan, nampak gaya macam akan semakin memburuk kecuali pihak Indonesia berjaya kawal kebakaran terbuka yang sedang berlaku di sana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai jangkaan keadaan cuaca menjelang Sambutan Hari Kebangsaan esok, beliau menasihatkan orang ramai agar merujuk portal rasmi jabatan berkenaan untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini dari semasa ke semasa.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang bakal menyertai perhimpunan dan sambutan kemerdekaan untuk berhati-hati sepanjang musim jerebu yang sedang melanda negara.

“Elakkan diri daripada terdedah terlalu lama dalam cuaca jerebu dan pakai pelitup mulut jenis N95 untuk mereka yang sensitif dengan udara kotor,” katanya. – UTUSAN

The post Jerebu di Sarawak dijangka bertambah buruk appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved