Jerebu: Hanya 30 sekolah di Lubok Antu, Sarawak ditutup setakat ini

LocalEnvironment
28 Aug 2026 • 1:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Hanya 30 sekolah di Lubok Antu, Sarawak ditutup setakat ini
Kah Woh dan Nie Ching melawat bilik darjah sempena lawatan kerja rasmi ke Sekolah Kebangsaan Bandar Putra 2 pada Jumaat. Foto Bernama

KULAI - Sebanyak 30 sekolah di Lubok Antu, Sarawak telah diarahkan tutup sementara setakat ini berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, penutupan itu melibatkan 28 buah sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang diputuskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak berkuat kuasa pada Jumaat.

Beliau berkata, mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan, pengoperasian semua sekolah di sesuatu daerah atau kawasan terjejas perlu ditutup jika bacaan IPU melebihi 200.

"Tempoh masa penutupan (sekolah terjejas di Sarawak) akan diputuskan pihak pentadbir sekolah, JPN dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) bergantung kepada bacaan IPU," katanya pada sidang media sempena lawatan rasminya ke Sekolah Kebangsaan Bandar Putra 2 di sini pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Kah Woh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status sekolah yang ditutup di negara ini akibat jerebu.

Beliau berkata, tiada penutupan sekolah dilaporkan di negeri lain setakat ini dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kementeriannya dari masa ke semasa. 

Bagi bacaan IPU melebihi 100, beliau berkata, pihak sekolah diminta menghentikan serta-merta semua aktiviti di luar bilik darjah termasuk sukan dan sebarang majlis.

Kah Woh berkata, pihak pentadbir sekolah diberikan autonomi untuk membuat keputusan menutup atau membuka semula sekolah, berdasarkan pemantauan dan bacaan semasa IPU setelah merujuk pihak JPN dan PPD.  - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved