509 Sekolah Rendah, 82 Sekolah Menengah Di Sarawak Ditutup Hingga Esok Susulan Jerebu

LocalEnvironment
20 Aug 2026 • 9:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

509 Sekolah Rendah, 82 Sekolah Menengah Di Sarawak Ditutup Hingga Esok Susulan Jerebu

Sebanyak 509 buah sekolah rendah dan 82 sekolah menengah di beberapa daerah di Sarawak ditutup berkuat kuasa serta merta susulan jerebu yang melanda negeri itu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menerusi satu kenyataan berkata penutupan sekolah yang berkuat kuasa dari hingga 21 Ogos itu melibatkan 107,590 orang murid sekolah rendah dan 89,733 orang pelajar sekolah menengah.

"JPN Sarawak sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan.

"Cuaca panas yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi di Sarawak menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

"Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan setakat jam 3.00 petang, dimaklumkan bahawa penutupan sementara semua institusi pendidikan di bawah seliaan 10 buah pejabat pendidikan daerah (PPD) di bahagian Kuching (Kuching, Padawan, Bau, Lundu), bahagian Samarahan (Samarahan, Simunjan), bahagian Serian (Serian), bahagian Sri Aman (Sri Aman, Lubok Antu) dan bahagian Betong (Betong)," katanya.

Menurut jabatan itu, sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Baca juga:

Sementara itu, pihak sekolah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan serta merujuk kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019; Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal bertarikh 15 Januari 2019 dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

"Semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPN Sarawak dinasihatkan agar sentiasa mematuhi garis panduan seperti yang terkandung dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2023; Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas bertarikh 6 Jun 2023.

"Institusi pendidikan juga perlu peka dengan perkembangan semasa dengan merujuk kepada Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar - Air Pollutant Index Management System (APIMS) bagi memantau tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan atau daerah masing-masing serta mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid dan warga institusi pendidikan," katanya lagi.

Tambah JPN Sarawak, pihaknya mengambil berat mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved