Jerebu: Sekolah di Lubok Antu ditutup esok

LocalEnvironment
27 Aug 2026 • 10:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Sekolah di Lubok Antu ditutup esok
JPN Sarawak dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penutupan itu melibatkan 28 sekolah rendah (2,242 murid) dan dua sekolah menengah (1,793 murid).

KUCHING - Semua institusi pendidikan di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu ditutup esok susulan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di kawasan berkenaan.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penutupan itu melibatkan 28 sekolah rendah (2,242 murid) dan dua sekolah menengah (1,793 murid).

"Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut JPN Sarawak.

JPN Sarawak juga meminta semua institusi pendidikan di negeri itu untuk sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan atau daerah masing-masing.

"Institusi pendidikan juga perlu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid dan warga institusi pendidikan,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), kawasan Sri Aman merekodkan bacaan IPU 162 setakat jam 9 malam ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved