
PETALING JAYA – Jerebu kembali melanda beberapa kawasan di seluruh negara apabila sebanyak 31 stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9.40 pagi ini.
Menurut perkongsian Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara, Serian, Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 175, diikuti Pasir Gudang, Johor (170) dan Larkin, Johor (169).
Bacaan IPU di Bandaraya Melaka pula berada pada paras 166, manakala Nilai, Negeri Sembilan (165) dan Johan Setia, Selangor (163).
Selain itu, Bukit Rambai, Melaka dan Batu Pahat, Johor masing-masing merekodkan bacaan 162, manakala Pengerang dan Kota Tinggi, Johor serta Samarahan, Sarawak masing-masing mencatat 160.
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Cheras dan Kuching masing-masing 159, Tangkak, Johor (159), Shah Alam dan Port Dickson masing-masing 157 serta Putrajaya (155).
Alor Gajah, Melaka; Segamat, Johor dan Rompin, Pahang masing-masing mencatat bacaan IPU 154.
Sementara itu, Banting, Selangor (152), Kluang, Johor (151), Petaling Jaya (136), Sri Aman, Sarawak (133) dan Kuala Selangor (129).
Bacaan turut direkodkan di Seri Manjung, Perak (124), Batu Muda, Kuala Lumpur (114), Indera Mahkota Kuantan (114) dan Balok Baru Kuantan (111).
Pada masa sama, sebanyak 30 kawasan lain merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, menunjukkan keadaan pencemaran udara turut dikesan di beberapa lokasi lain.
Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala bacaan 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu kembali, 31 kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.






