Seluruh Lembah Klang, Putrajaya catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
29 Sep 2026 • 2:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Seluruh Lembah Klang, Putrajaya catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA – Semua kawasan di Lembah Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat susulan keadaan jerebu yang semakin ketara, hari ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara, sebanyak 32 kawasan merekodkan IPU tidak sihat setakat pukul 1.50 petang.

Daripada jumlah itu, lapan kawasan di Lembah Klang merekodkan IPU antara 154 hingga 171 yang mana Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi dengan 171, diikuti Cheras dan Shah Alam masing-masing 167, manakala Klang mencatat 162.

Banting pula merekodkan IPU 159, Kuala Selangor dan Petaling Jaya masing-masing 156, manakala Batu Muda mencatat 154.

Dalam pada itu, Serian, Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi keseluruhan iaitu 174 ketika ini, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka masing-masing 172.

Turut mencatat bacaan tinggi ialah Larkin dan Pasir Gudang, Johor masing-masing 172, manakala Bukit Rambai, Melaka merekodkan 168.

Sementara itu, beberapa kawasan lain turut berada pada tahap tidak sihat termasuk Seremban dan Port Dickson masing-masing 164, Batu Pahat dan Tangkak (164), Putrajaya (163) serta Kota Tinggi (163).

Sebanyak 30 kawasan dalam senarai berkenaan merekodkan IPU pada tahap tidak sihat, manakala hanya Sri Aman, Sarawak (132) dan Kuala Terengganu, Terengganu (116) berada pada tahap sederhana.

Bacaan IPU 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 adalah sederhana. -KOSMO! ONLINE

The post Seluruh Lembah Klang, Putrajaya catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved