
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Isu jerebu yang melanda Malaysia serta Singapura masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.
Apatah lagi, ia berpunca akibat kebakaran hutan dan tanah yang berlaku di Indonesia menyebabkan beberapa kawasan di negara ini masih merekodkan kualiti udara yang tidak sihat.
NGO Malaysia Dedah Mahu Kerajaan Indonesia Telus, Dedah 57 Syarikat Jadi Dalang Pembakaran Di Indonesia
Terbaharu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Alam Malaysia (SAM) berpendapat kerajaan Indonesia seharusnya bersikap telus dan terbuka untuk mendedahkan maklumat mengenai 57 syarikat yang menjadi dalang di sebalik pembakaran tersebut.
Menurut Presiden SAM, Meena Raman, langkah tersebut adalah penting untuk mencari pesalah terbabit sekaligus dapat memulakan proses tindakan undang-undang kepada syarikat berkenaan.
Tindakan Bakar Hutan Bawa Kesan Negatif
Ini kerana masalah yang ditimbulkan oleh mereka telah memberi kesan serta gejala negatif yang terlalu besar.
Tegas Meena, sikap syarikat berkenaan yang mengambil langkah mudah serta murah dengan membakar hutan sebelum membuat penanaman semula mesti dihukum dengan tegas oleh kerajaan Indonesia.
“Sampaikan sekolah pun ditutup, dan ramai orang menghadapi pelbagai masalah kesihatan daripada daripada perbuatan mereka ini yang bukan sekali, tetapi telah berdekad-dekad lamanya membakar hutan sehingga menjejaskan kehidupan jutaan penduduk di negara serantau.
“Semoga dengan pendedahan tersebut, ia akan menjurus kepada suatu tindakan yang boleh menghentikan aktiviti pembakaran hutan secara menyeluruh agar ianya tidak berlaku lagi di masa akan datang,” katanya.
Pendedahan Membolehkan Rakyat Cari Jalan Penyelesaian Tanpa Libatkan Kerajaan Atau Pihak Berkuasa
Tambah Meena lagi, cara sebegitu juga membeolehkan rakyat di semua negara yang terkesan turut boleh mencari jalan penyelesaian tanpa terlalu bergantung kepada tindakan kerajaan atau pihak berkuasa semata-mata.
“Sebagai contoh, rakyat secara umumnya boleh melakukan protes kepada syarikat terbabit dengan tidak lagi member produk mereka sebagai tanda bantahan kepada sikap tidak bertanggung jawab pemilik syarikat dan firma terbabit,” ujarnya.
Terdahulu, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur menjelaskan Indonesia telah mengenal pasti 198 individu dalam siasatannya berkaitan kes kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan.
Malah, sebanyak 97 laporan polis sedang diproses melibatkan syarikat yang menjadi sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang sebagai langkah untuk menangani kebakaran sehingga menyebabkan jerebu di negara ini.
Pada masa sama, KBRI Kuala Lumpur turut mendedahkan bahawa Polis Republik Indonesia telah mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu.
Manakala, Kementerian Alam Sekitar Indonesia turut merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di lapan wilayah.
Kawasan konsesi tersebut meliputi 33,514.01 hektar dengan 16 entiti perniagaan dengan keluasan 3,813.85 hektar di Sumatera serta 41 di Kalimantan yang meliputi kawasan 29,700.16 hektar.
Kebakaran Hutan & Tanah Fenomena Alam, Berada Di Luar Kawalan Manusia
Sebelum ini, Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan menjelaskan pihaknya turut memahami kebimbangan Malaysia serta Indonesia mengenai perkara terbabit.
Namun tegas Syahganda, apa yang berlaku adalah di luar kawalan manusia dan seharusnya dilihat sebagai fenomena alam.
“Jadi, kami juga meminta semua negara jiran memahami bahawa perkara ini berlaku di luar faktor kesilapan manusia. Ini benar-benar fenomena alam,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Bukan Sekadar Hantar Asap, Kami Juga Kirim Oksigen Dari Hutan Kami’ – Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Republik Indonesia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jerebu: Tanda Solidariti, Usahawan Indonesia Agih Pelitup Muka KN95 Percuma di TRX Untuk Rakyat Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Tak Akan Pernah Wujud Tanpa Indonesia” – Kenyataan Aktor Indo Undang Kecaman Netizen [Video]






