Jerebu: Kes asma meningkat 259 peratus

LocalHealth & Fitness
23 Aug 2026 • 2:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Kes asma meningkat 259 peratus

KUALA SELANGOR – Jumlah kes penyakit asma merekodkan peningkatan sehingga 259 peratus susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Statistik terkini Kementerian Kesihatan mendapati penyakit masalah sistem pernafasan atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) turut meningkat kepada 124 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu direkodkan menerusi pemantauan pada minggu epidemiologi (ME) ke-33 setakat ini dengan URTI mencatatkan jumlah terbanyak iaitu 3,674 kes berbanding 1,637 pada ME ke-32.

“Bagi tempoh sama, penyakit asma merekodkan peratusan tertinggi dengan 219 kes berbanding 61 kes sebelumnya.

“Namun, jumlah konjunktivitis (penyakit mata) menurun tujuh peratus iaitu 146 kes daripada 157 kes pada ME ke-32,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Wellness Hub Kuala Selangor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Dzulkefly, tujuh kawasan menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat terutama di Sarawak iaitu Serian (197), Kuching (185), Sri Aman (178), Sarikei (128) dan Samarahan (176) setakat pagi tadi.

Ujarnya, kawasan di Semenanjung pula merangkumi Sungai Petani, Kedah dan Taiping, Perak masing-masing pada tahap IPU 126. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Kes asma meningkat 259 peratus appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved