Jerebu: Kes jangkitan pernafasan naik 10.43%, radang mata 26.47%

LocalHealth & Fitness
10 Oct 2026 • 1:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Kes jangkitan pernafasan naik 10.43%, radang mata 26.47%

PUTRAJAYA – Kes jangkitan saluran pernafasan atas meningkat 10.43 peratus, manakala kes konjunktivitis atau radang mata melonjak 26.47 peratus berdasarkan pemantauan penyakit berkaitan jerebu melalui 78 fasiliti kesihatan terpilih Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

KKM memaklumkan kes jangkitan saluran pernafasan atas meningkat daripada 3,509 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 39 kepada 3,875 kes pada ME40, iaitu peningkatan sebanyak 10.43 peratus.

Menurut KKM, kes konjunktivitis pula meningkat daripada 102 kepada 129 kes bagi tempoh sama, manakala kes asma menunjukkan penurunan sebanyak 13.64 peratus daripada 535 kepada 462 kes.

“KKM terus memperkukuh pemantauan penyakit berkaitan jerebu memandangkan pendedahan kepada udara tercemar boleh menjejaskan kesihatan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru dan jantung,” menurut kenyataan itu.

KKM turut mengambil maklum situasi jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini dengan 32 stesen pemantauan kualiti udara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat (101 hingga 200) melibatkan lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan setakat 8 pagi tadi.

The post Jerebu: Kes jangkitan pernafasan naik 10.43%, radang mata 26.47% appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved