
PETALING JAYA – Kualiti udara di seluruh negara kekal pada tahap baik dan sederhana apabila tiada kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala 44 kawasan merekodkan bacaan sederhana setakat 9.30 pagi ini.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Balok Baru Kuantan, Pahang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 89.
Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 82, diikuti Keningau, Sabah (78), Kluang, Johor (76), Serian, Sarawak (74) dan Sri Aman, Sarawak (73).
Di Johor, Larkin mencatatkan bacaan IPU 69, diikuti Pasir Gudang (65), Tangkak (56), Segamat (53), Kota Tinggi (52), Batu Pahat (51) dan Pengerang (51).
Sementara itu, di Sarawak, Sarikei merekodkan bacaan 67, diikuti Samarahan (62), Mukah dan Kapit masing-masing 59, Samalaju dan Sibu (58), Kuching (57) serta Bintulu (52).
Di Sabah pula, Kimanis mencatatkan bacaan IPU 62, diikuti Tawau (60), Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu masing-masing 55, manakala Sandakan merekodkan bacaan 54.
Bagi Selangor, Johan Setia mencatatkan bacaan 55, diikuti Klang (54) dan Banting (51).
Di Pahang, Indera Mahkota, Kuantan merekodkan bacaan 54, manakala Rompin mencatatkan 52. Di Kelantan, Tanah Merah merekodkan bacaan 54 dan Kota Bharu (53).
Selain itu, Seberang Perai, Pulau Pinang mencatatkan bacaan 57, Labuan (57), Tasek Ipoh, Perak (55), Cheras, Kuala Lumpur (55), Bandaraya Melaka (55), Nilai, Negeri Sembilan (54), Alor Gajah dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 53, Seri Manjung, Perak (52), Putrajaya (52) serta Kemaman, Terengganu (52).
Sebanyak 24 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik.
Mengikut skala IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 adalah tidak sihat. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu: Kualiti udara semakin baik, tiada kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.






