Kualiti udara negara baik, tiada kawasan catat IPU bahaya dan tidak sihat

LocalEnvironment
30 Oct 2026 • 11:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kualiti udara negara baik, tiada kawasan catat IPU bahaya dan tidak sihat
Situasi jerebu di seluruh negara hari ini bertambah baik. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Situasi jerebu di seluruh negara hari ini bertambah baik selepas tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya, sangat tidak sihat dan tidak sihat, setakat pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sebanyak 41 kawasan merekodkan bacaan IPU tahap sederhana dengan Batu Muda, di sini mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 82.

Di Sabah, kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Keningau (78), Kimanis (62), Tawau (60), Kota Kinabalu (55) serta Sandakan dan Politeknik Kota Kinabalu, masing-masing 54.

Di Sarawak, sebanyak 10 kawasan mencatatkan IPU sederhana iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (75), Sri Aman (74), Sarikei (67), Samarahan (63), Samalaju, Mukah, Kapit dan Sibu (59), Kuching (58) dan Bintulu (53), manakala di Johor melibatkan Kluang (75), Larkin (68), Pasir Gudang (63), Tangkak (54), Kota Tinggi (52) dan Segamat (51).

Sementara itu, di Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka yang merekodkan bacaan IPU 53, tiga kawasan di Pahang membabitkan Balok Baru Kuantan (57), Indera Mahkota Kuantan (54) dan Rompin (52) manakala di Selangor melibatkan kawasan Johan Setia (55) dan Klang (53).

Di Perak membabitkan Tasek Ipoh (54) dan Seri Manjung (52) manakala di Kelantan melibatkan Tanah Merah (54) dan Kota Bharu (53) dan bacaan sama turut direkodkan di Seberang Perai, Pulau Pinang (57), Labuan (57), Cheras (56), Putrajaya (51), Kemaman, Terengganu (52) serta Nilai, Negeri Sembilan (53) selain sebanyak 27 kawasan mencatatkan IPU baik.

IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved