Jerebu makin buruk di Sarawak, hujan dijangka pulih kualiti udara

LocalEnvironment
12 Sep 2026 • 8:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu makin buruk di Sarawak, hujan dijangka pulih kualiti udara

KUALA LUMPUR: Sarawak kekal sebagai senarai kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dengan IPD Serian mencatatkan bacaan sangat tidak sihat iaitu 258, setakat jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), lapan lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Sri Aman (196), Samarahan (196), Kuching (193), Bintulu (153), Sarikei (152), Samalaju (151), Mukah (112) dan Sibu (105).

Sementara itu, sejumlah 45 lagi kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan tahap sederhana yang membabitkan sebahagian besar daerah di Semenanjung antaranya Kota Tinggi, Johor (80), Kuala Selangor, Selangor (75), Rompin, Pahang (73), Kemaman, Terengganu (69) dan Seremban, Negeri Sembilan (58).

Sebanyak 13 daerah lain mencatatkan kualiti udara baik antaranya di Sungai Petani, Kedah (46), Seberang Jaya, Pulau Pinang (45), Kota Bharu, Kelantan (34), Kulim Hi-Tech, Kedah (30) dan Kangar, Perlis (23).

Perkembangan itu didorong oleh faktor hujan yang berlaku di beberapa kawasan berdasarkan ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di beberapa negeri iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sehingga jam 10 pagi ini.

The post Jerebu makin buruk di Sarawak, hujan dijangka pulih kualiti udara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved