Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat

LocalEnvironment
12 Sep 2026 • 4:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat
50 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan lagi mencatatkan bacaan pada tahap baik. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 4 petang ini, iaitu 236.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Sarawak pula mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Sri Aman (199), Samarahan (179), Kuching (174) dan Sarikei (115).

Selain itu, 50 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan lagi mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 dan ke atas (berbahaya). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved