Nahas helikopter KKM: Jenazah Dr. Ainul dijangka tiba di kampung halaman esok

12 Sep 2026 • 5:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: Jenazah Dr. Ainul dijangka tiba di kampung halaman esok

KOTA BHARU – Jenazah Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri dekat Sarawak dijangka tiba di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung di sini kira-kira pukul 12 tengah hari esok.

Ahli keluarga terdekat Allahyarham Ainul Baraah berkata, bagaimanapun, jangkaan masa itu tertakluk ketersediaan jadual penerbangan dari Sarawak ke Kelantan esok.

Katanya, penerbangan pulang jenazah dan ahli keluarga itu ke Kelantan dijangka pada waktu pagi.

“Bagaimanapun, segala jadual penerbangan kami tertakluk kepada ketetapan pihak berwajib di Sarawak. Penerbangan kami sepatutnya dijadualkan pagi esok.

“Apabila tiba di Kelantan, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Karomah, Kampung Baung kira-kira pukul 12 tengah hari untuk disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, proses bedah siasat ke atas lima mangsa nahas helikopter FDS di Long Lellang, Miri pada Selasa lalu selesai pada pukul 7.30 malam kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk.

“Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik,” katanya.

Pada Selasa lalu, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan, Ainul Baraah, pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas helikopter KKM: Jenazah Dr. Ainul dijangka tiba di kampung halaman esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved