Lapan kawasan di Johor catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
29 Sep 2026 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lapan kawasan di Johor catat IPU tidak sihat
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah perlindungan kesihatan. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sebanyak lapan stesen pemantauan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan antara 155 hingga 172 setakat jam 12 tengah hari, pada Selasa.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, keadaan itu memerlukan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga terutama golongan yang lebih terdedah kepada kesan pencemaran udara.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal dan aktiviti lasak di luar rumah, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan atau kesihatan.

“Sekiranya perlu berada di luar, gunakan pelitup muka yang sesuai, minum air secukupnya dan kurangkan tempoh pendedahan kepada udara luar,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Tian Soon, orang ramai juga perlu mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas, batuk berterusan atau ketidakselesaan pada mata dan tekak.

Sebelum ini, beberapa kawasan di Johor turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, termasuk Pasir Gudang, Batu Pahat, Kota Tinggi, Tangkak dan Kluang.

Berdasarkan bacaan awal pagi, Pasir Gudang merekodkan IPU 165, diikuti Batu Pahat (160), Kota Tinggi (156), Tangkak (154) dan Kluang (128).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved