Berikutan isu jerebu yang semakin membimbangkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi mengambil langkah-langkah perlu bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Soal jerebu, ia memang berada pada tahap membimbangkan. Saya sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo dan beliau juga bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang perlu.
"Pada masa sama, Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Menteri (Sumber Asli dan Kelestarian Alam) Alam Sekitar (Datuk Seri Arthur Joseph Kurup) juga menghubungi rakan sejawat mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Tinjauan Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini.
Malaysia Sedia Kerjasama
Menurutnya, kerajaan menyatakan kesediaan sejak beberapa minggu lalu untuk memberikan kerjasama berhubung isu itu memandangkan jerebu pada tahap membimbangkan sekali gus memberi kesan terhadap kesihatan rakyat.
"Kita meningkatkan hampir saban hari operasi pembenihan awan (OPA) oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan beberapa agensi lain berkaitan tetapi keadaan masih merunsingkan.
Baca juga:"Namun, kita akan mencuba lagi. Malah, tadi saya sekali lagi meminta Menteri Luar untuk menghubungi Sekretariat ASEAN sekiranya boleh mengadakan lagi mesyuarat membabitkan menteri-menteri berkaitan alam sekitar ASEAN.
"Ini semua langkah yang kita ambil dan pantau selain cuba untuk melaksanakan langkah-langkah sepatutnya," katanya.




