Jerebu memburuk di Malaysia: Anwar hubungi Prabowo

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 5:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu memburuk di Malaysia: Anwar hubungi Prabowo

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam usaha mengatasi masalah jerebu yang semakin membimbangkan di Malaysia.

Anwar berkata, Prabowo sebelum ini bersetuju mengambil langkah-langkah yang perlu, dan menggesa agar komitmen itu harus disusuli tindakan segera serta berkesan oleh pihak Indonesia.

Tambah beliau, Malaysia juga bersedia memberikan kerjasama bagi menangani punca masalah berkenaan.

“Keadaan jerebu yang semakin memburuk amat membimbangkan, terutama kesannya terhadap kesihatan rakyat.

“Jesteru, Kerajaan Madani sedang mempergiat usaha menanganinya termasuk melalui operasi pembenihan awan oleh agensi berkaitan.

“Saya juga telah menghubungi Presiden Prabowo sebelum ini yang bersetuju mengambil langkah-langkah perlu,” katanya menerusi media sosial, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan turut meminta Menteri Luar supaya sekali lagi hubungi Sekretariat ASEAN bagi menyegerakan mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN untuk menyelaras tindakan serantau.

“Ia secara khususnya memperkukuh usaha Indonesia menangani masalah ini demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu memburuk di Malaysia: Anwar hubungi Prabowo appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved