Jerebu: Melaka juga tutup sekolah esok

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 10:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Melaka juga tutup sekolah esok

MELAKA – Semua sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh Melaka akan ditutup esok susulan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ke tahap tidak sihat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pemantauan berterusan serta laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bacaan IPU di kawasan utama negeri berkenaan melepasi paras 150.

Menurut kenyataan itu, penutupan sekolah pada esok dibuat bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah sentiasa terjamin.

“JPN Melaka bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah akan terus memantau keadaan jerebu dari semasa ke semasa berdasarkan garis panduan ditetapkan KPM.

“Sebarang perkembangan atau perubahan berhubung sesi persekolahan seterusnya akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi,” katanya.

Dalam masa sama, JPN Melaka turut meminta ibu bapa dan penjaga serta seluruh warga pendidikan supaya sentiasa mengutamakan kesihatan kanak-kanak sepanjang tempoh keadaan udara tidak sihat itu. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Melaka juga tutup sekolah esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved